Friday, April 19, 2013

KEK BATIK CHEESE BEDEBAH

Sori coz tajuk di atas...sebutannya sebenarnya cis bedebah...dah selalu sebut mcm ni bile ada kaitan dgn cheese hehe

utk buat kek batik biasa tu resepinya refer kt sini LINK

ini hanya utk tmbhn lapisan cheese bg mereka yg sukakan kelainan dr buat kek batik biasa

LAPISAN CHEESE

Bahan2:-
 A:
1 bungkus biskut marie perisa coklat
250 ml susu segar,dipanaskan

B:
250 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
5 ml susu segar
1/4 cawan gula halus

Caranya :
Buat kek batik biasa spt link di atas dan ditinggalkan sikit adunan (tanpa biskut) bg melapis bhgn atas kek nanti
Setelah adunan kek batik biasa siap dan telah ditekan ke dlm loyang maka kita sediakan adunan atas iaitu lapisan cheese
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Tekan2 sikit permukaan tu..bolehla ditutup lapisan dengan baki kek batik biasa (tanpa biskut) @ coklat masakan yg dicairkan
Masukan dalam peti sejuk,biarkan 6 jam sebelum dipotong.
 * Gambar sumber - google - xbuang water mark pun = minta dihalalkan

Thursday, April 4, 2013

CUCUR LEMAK MANIS


Tepung gandum
Santan/santan kotak pun bole
Gula secukup rasa

xde sukatan semua main agak2 je...trylah rangup korup kokrup...lg2 minum dgn kopi o ptg2....layanzzz

Saturday, March 9, 2013

PUDING ROTI KARAMEL




UTK GULA HANGUS

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas

UNTUK PUDING ROTI (adunan diblender)

3 keping roti gardenia (dicarik2)
3 biji telur 
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn air suam
1 sudu teh esen vanila

* Boleh dimasak secara kukus/bakar

Friday, December 7, 2012


                   ROTI JALA KARI SARDIN




Adunan Roti Jala (semua diblender)
2 cwn tepung gandum
2 cwn susu cair
1 biji telur
sedikit teh pewarna kuning
sedikit esen vanila

Cara2:
Panaskan kuali nipis dgn api kecil...Masukkan adunan dlm acuan roti jala dan mula menjala secara putaran...dan balikkan....Setelah masak maka digulung

Kari Sardin

1 tin sardin 
1/2 biji bawang besar
sedikit daun kari

sedikit halia
2 ulas bwg putih
2 sudu besar curry powder  } dibancuh dijadikan pes
1/2 sb. serbuk kunyit      } dibancuh dijadikan pes
sebiji kentang di potong bulat
sebiji cili hijau
1 biji tomato (dibelah)
sesudu garam dan 1/2 sudu besar gula
sedikit santan dan sedikit air


 Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bwh putih, halia serta daun kari. Bila sedikit garing, masukkan
    bancuhan semua rempah tadi. Masak hingga pecah minyak, masukkan potongan kentang.

2. Kemudian masukkan sedikit air dan sedikit santan. Bila
    kentang dah lembut, bolehlah masukkan tomato, sardin dan cili hijau. Rasa garam secukup
    rasa. Didihkan sebentar dan tutupkan api.

Saturday, December 1, 2012

KEK BATIK




BAHAN2:-

1 ketul buttercup - saiz biasa (dicairkan dlm suhu bilik)
5 biji telur (dipukul asing)
1 tin susu pekat manis
1 paket milo (paket paling kecil)
1 sudu teh esen vanila
1 1/3 paket biskut marie - dipatah 4 ( sy prefer biskut marie brand TIGER krn lebih ranggup)

CARA2-

Panaskan periuk...guna api kecil shj....masukkan butter, setelah cair masukkan masukkan telur, susu pekat manis. milo, esen vanila. Agak2 adunan dah jadi pekat maka masukkan biskut marie...gaulkan sebati. Tutup api

Sediakan bekas, masukkan adunan yg telah siap semasa masih panas2...tekan menggunakan plastik sehingga tiada ruang kosong & ratakan...sejukkan dlm peti ais. Setelah keras bole lah dipotong & dihidang. Selamat mencuba
 


Sunday, November 25, 2012


                                  BROWNIES KUKUS LAPIS CHEESE




Bahan-bahan
• *500g campuran brownies kukus (beli kat kedai bakery)
• *4 biji telur gred B
• *75ml minyak masak
• *200ml air
• *5g baking powder
• *5g soda bikarbonat
 

- inti cream cheese -
• 250g cream cheese
• 60g gula castor
• 1 biji telur
• 25ml air

Cara-cara
1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
2. utk inti - campur semua bahan dan pukul sampai kembang
3. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus coklat dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit.. 

7. tunggu sejuk dan potong

Tuesday, November 13, 2012


PIZZA ROTI GARDENIA



Roti gardenia sebungkus
Daging cincang
Sosej ayam (dihiris)

1 tin kecil tomato puri
Sepaket cheese
Sos cili
Serbuk oregano
Serbuk black papper
Lada benggala
Mayonis
Tomato (dihiris)
Bawang besar (dimayang)
Garam secukup rasa

Cara-cara
     
1) Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan lada benggala, daging cincang, sosej , garam secukup rasa,  black pepper, oregano serta hirisan tomato
2) Sapukan roti gardenia dgn sos tomato puri. Letakkan ramuan yg ditumis td. Cheese ditabur di atas roti beserta mayonis dan sos cili
3) Bakar dgn api atas sehingga cheese cair shj. Siap !