Saturday, May 25, 2013

KEK GULA HANGUS

-  image dr google -
Sebenarnya xrancang utk buat kek ni...memandangkan semua bahan dh mmg ada kat rumah so try buatlah sbb nk cuba ternyata menjadi...byk jg blogger guna resepi yg sama so yakin sedap lah kan...akhirnya pilihan resepi ambil dr cik mat gebu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
 

Utk membuat gula hangus:-
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
4 camca besar mentega


Utk membuat adunan:-
2 cawan susu pekat manis (kira2 setin)
2 cawan tepung gandum* (*digaul bersama dan diayak)
4 camca teh soda bicarbonata*(*digaul bersama dan diayak) - hati2 jika terlebih akan rasa pahit plak
8 biji telur
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (masa ni elok buat aksi kuda2 hehe berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan adunan gula yg telah dihanguskan td dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam bg mendptkan lubang sarang yg cantik.
  3. Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...
* P/S - jika resepi yg dh siap menjadi spt seakan2 APAM gula hangus...maknanya xmenjadi ye

Friday, April 19, 2013

KEK BATIK CHEESE BEDEBAH

Sori coz tajuk di atas...sebutannya sebenarnya cis bedebah...dah selalu sebut mcm ni bile ada kaitan dgn cheese hehe

utk buat kek batik biasa tu resepinya refer kt sini LINK

ini hanya utk tmbhn lapisan cheese bg mereka yg sukakan kelainan dr buat kek batik biasa

LAPISAN CHEESE

Bahan2:-
 A:
1 bungkus biskut marie perisa coklat
250 ml susu segar,dipanaskan

B:
250 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
5 ml susu segar
1/4 cawan gula halus

Caranya :
Buat kek batik biasa spt link di atas dan ditinggalkan sikit adunan (tanpa biskut) bg melapis bhgn atas kek nanti
Setelah adunan kek batik biasa siap dan telah ditekan ke dlm loyang maka kita sediakan adunan atas iaitu lapisan cheese
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Tekan2 sikit permukaan tu..bolehla ditutup lapisan dengan baki kek batik biasa (tanpa biskut) @ coklat masakan yg dicairkan
Masukan dalam peti sejuk,biarkan 6 jam sebelum dipotong.
 * Gambar sumber - google - xbuang water mark pun = minta dihalalkan

Thursday, April 4, 2013

CUCUR LEMAK MANIS


Tepung gandum
Santan/santan kotak pun bole
Gula secukup rasa

xde sukatan semua main agak2 je...trylah rangup korup kokrup...lg2 minum dgn kopi o ptg2....layanzzz

Saturday, March 9, 2013

PUDING ROTI KARAMEL




UTK GULA HANGUS

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas

UNTUK PUDING ROTI (adunan diblender)

3 keping roti gardenia (dicarik2)
3 biji telur 
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn air suam
1 sudu teh esen vanila

* Boleh dimasak secara kukus/bakar